Thursday, August 25, 2011

bunga membaja kata-kata

kata-kata aku bukan diatas kertas




Assalamualaikum, Tuan Rumah kembali berkarya. Karya sampah yg datang dari cabulan mulutnya yang entah apa dia bebelkan, hati adalah punca, otak yg mentafsir. Blog ni aku anggap cuma persinggahan sementara. Agak bosan aku ketuk, aku buka, aku korek, aku baca. Berdebu sungguh boleh buat tayamum.Tak tahu kenapa bahasa baku ku guna, lebih selesa mungkin, malas nak buka kamus dwibahasa mungkin juga, ataupun nak tingkatkan lagi Bahasa Malaysia Bahasa Ibunda, barangkali. Bagaimana pula Bahasa Antarabangsa Bahasa perantaraan Bahasa Inggeris kini jari katek aku mula berbalapan di atas trek huruf-huruf. 

Bismillahirrahmanirrahim permulaan bicara, di mana hanya bicara hati Si Tuan Rumah, bicara seorang diri dgn menggantikan huruf-huruf yg berbaris rapi. Blog ini ada satu jiwa tapi ada berjuta perasaan. Klu aku rasa aku ada idea nak blogwalking, klu aku rasa aku tgh mood happy, klu aku jugak rasa sedih, aku kongsikan disini. Kongsi cerita, perasaan malah idea atau info. Ya InsyaAllah klu masa tak cemburu dgn jari katek aku ni. 

( gelak kecil ). Aku cuba sekali lagi membaja kata-kata, berharap agar semaian benih kali ini lebih kekal subur dan sentiasa segar di atas batas nya



Thursday, February 17, 2011

Muncul Lagi

Penat aku sibuk memikirkan sampai menjadi misteri . Sekali lagi aku ungkapkan perasaan dalam bentuk  kata-kata untuk anggapan tentang wangian misteri . Kenapa mesti wujud semua ini ,  seperti tiada noktah untuk kekalutan makin dipanaskan makin meledak darah muda ini .


***Setiap hari aku mengidu wangian misteri tu , kali ini bukan orang yang aku mahu dakapan dari nya , tapi Si Gila Minyak Wangi . Dia Salwani , Kak Wani yang gian memakai minyak wangi setiap hari pabila ke kerja . Memang menusuk ke jantung hingga membangkitkan kerinduan aku pada Aiz . Wangian yang sama yang menjadi kegilaan aku , tak berapa gila sangat . Satu hari wangian itu yang membaluti seluruh badan Kak Wani , Dia turut mem-promote perfume tersebut , Hehh tak perlu semua itu , Aku dah buat kaji selidik pasal perfume tu , apa nama brand , nama perume , harga , berapa liter , bentuk botol semuaaaaa aku dah tahu . Dia mula pelik , hahaa =,=



*** Dialog Kami , curi tulang kejap . hehe


Aku : Amboiii wangi sakannn , kuat gila bau perfume .
Kak Wani : Eh bau kee , kuat sangat eh . Cuba kau dekat dgn aku , bau ke ?
Aku : Yeee kuat gila bauu , mcm kenal la bau nya . Butterfly , Avon kan ?
Kak Wani : Haah , mana tahu ? sedap kan bau nya . tahan lama bau ni .
Aku : Tahu laa , familiar Avon kot , suka la bau nya . Teringat kt kawan , Dia suka pakai bau ni .



Entah bila aku akan memiliki nya . Kesibukan menjadi penghalang untuk aku mencapai nya walaupun untuk satu botol masih belum pasti . Hahaa tunggu dan lihat saja . Lagi lagi sekarang ni dah 3 hari aku tak berapa sihat . Demam pertama untuk tahun ini , jarang sekali aku diserang demam . 
Antibody aku semakin kurang ke ?? Aku nak kembali cerdas , tak sabar nak jogging pagi lagi .


Aku akan kuat melawan nya walaupun pahit aku menelan .




                                                                                   Jeritan Hati : Meen Mansor

Tuesday, February 8, 2011

budak "fresh"

 meen , bussing table 18 please .  lepas ni table 10 pulak . jgn lupa buat SOC okayh . 

*** "setting table 26 please , thank you . eh meen you salah setting ni ,
satu meja 2 set cutleries . jgn lupa tu" *** by Kamarudin

ye semua bahasa ibunda Kenny akan aku fasihkan  demi meningkatkan kualiti kerja , malah bukan saja utk mengelak " org kacau" bak kata Abg Shidi , dia memang suka berbahasa teguran bila tgk gaya aku kerja .


yelaa En Manager , aku ikutkan saja perintah , aku budak fresh kan . memang layak buat kerja tu semua . aku suka kerja baru ni , ini yg ku mahu .

bila hati senang , penat tak terasa . hari hari mengadap ayam Kenny , wow hot gila dia golek golek kt situ .
muak pulak aku tengok mashed  potato ,  black pepper sauce , mushroom soup blah blahh blahh stop it .
nk senarai kan menu Kenny mmg aku tak hebat lagi dlm dunia taking orders , belum dapat perintah lagi utk aku ikut serta acara taking orders , budak fresh kann . bila lagi nk hott haha . itu pun kalau kerja lama laa.





aku kurang senang hati hari ni . tersalah rentak gaya kerja pulak . lain restoran lain protokol . aku belajar A , aku buat B . memandai jeee , merah padam tambah putih jadi pink muka aku bila terbuat silap .


Customer : Excuse Miss , may i have a bowl of mushroom soup while waiting for the meal ?
Me :  Oh sure , wait a minute .


***dengan pantas petir plus jobor aku ke Front line minta mushroom soup kt Assembler .
Kebetulan Abg Shide aka my trainer ada kt situ , dia kata just tell to them , mushroom soup will serve in 5 minutes more . Aku dgn blur dan tak reti faham bahasa pergi jugak serve , dah dpn mata aku nampak soup kettle , nk tggu apa lagi . serve la , berkali dah customer tu nakk .



***after 10 minutes , aku dapat dengar leteren sinis En trainer , lagi sadis kedengaran leteran lembut dari En Manager .


*** "siapa yg serve mushroom soup td . sender mana tu . 
meen oh meen , sini kejap dik "

*** dgn yakin aku berkata jujur memang tindakan sengal itu yg aku buat .
haa itu la aku , org kata suruh "siram pokok bunga , aku tanam pokok bunga" . begitu la melampau rajin 



Ahh , kenapa kau ni MEEN , lagak hebat jangan nk melampau . nk rajin jgn melebihh , lain jadi nyaa .
sepanjang tu ke depan mulut aku setiap masa sampai habis kerja . boleh buat gantung apron .
moody =,=

Meleret smpai ke rumah muncung comel aku , mengadu domba dgn manja pada org paling setia mndgr rintihan aku , siapa  lagi bonda kesayangan . Nak mgharapkan kesayangan En Helang , hilang tah kemana .



                                                                                                          Coretan Hati : Meen Kenny

Wednesday, February 2, 2011

mudah menggeletar , ei cacat ye

hei sanaa ,

tak lama lagi aku akan jadi pekerja . musnah la gelaran "Penganggur Terhormat" , aku dah cleaning habis , terima kasih En Kenny Rogers Roasters megah nya nama kau aku sebut , sayang kau lebih sbb accept aku utk  berkhidmat dgn kau . seriously kau handsome En Manager , awwr .


tahu tak En , ayam kau bergolek golek kt situ , buat aku terliur miur , tu pasal aku admire . asal aku lalu situ je , aku jeling . tu je mampu sbb takda org nk belanja mkn ayam Kenny . Okayh takpa lps ni , setiap masa aku akan  dating dgn ayam golek . yes , sabar ye meen sabarrr , apahal kau mengeletis semacam ni .


oakyh semua aku dah pas kt kau En , kau kata passport pic aku lain . "dlm pic mcm anak mesir , real face cantik"
amboi En , belum start kerja lg kau dah menggatal . nasib baik la kau bos . ye kan jelaaa


apa la En Maybank lama sgt buat account tu , ada ke patut suruh bwk parent , aku dah besar laa , baru 18 tahun mkn garam , cesss belagak =,= kesian kt mak , tersengguk dia td dah mcm berzikir , mengantuk sgt ye lupa nk bwk bantal lebih masa pergi En Maybank td . terima kasih atas pengorbanan masa tidur mak semata mata turutkan kemahuan anak mu yg bnyk songeh .


akak thumbprint , ringan mulut saya kata saya ni boleh dikatakan mcm ada penyakit "mudah menggeletar" , apa org kata tu , alaaa parkinson , tah mcm mana la eja dia aku malas nk buka kamus , tula penyakit lg satu , pemalas . sikit la tak bnyk , tak teruk mana keyhhh .  masa nk detect jap cari aku tu akak bukan main teror lagi ye , nmpak jeee tangan aku menggeletar kannn . aku mmg mcm ni , mudah menggeletar . so orang akan ckp , " knp menggeletar ni , takut keee " 


dah bnyk kali dah org lain perasan , sebelum ni ada kakak tu ajar aku pakai contact lens , dia tgk aku pegang lens , mcm atuk tua tak larat nk jalan  , mcm tu la gaya nya menggeletar . parkinson la org ckp .

lain masa pulak , benda yg sama aku kena buat , masa nk daftar kwsp , heh , kakak indian nih nasib baik peramah , lembut pulak tuhhh dia boleh gelak kan aku sbb tgn aku menggeletar masa nak detect cap jari kt benda alah tu .  dia pun ringan berkata ,"adikk knp menggeletar tgn tuh , jangan la takut ye . akak tak mkn org , akak mkn nasi "


p/s : sesiapa yg serupa mcm aku ni , jenis cepat "parkinson" . cuba anda kaji , kenapa kita jd mcm tu

Sunday, January 30, 2011

anggapan cuma

hei blogwalker  ,

***perasaan aku kini celaru . gelodak jiwa sedang melamani . ada org kata pada aku , " salah mata kalau tak nampak , salah tafsiran kalau tak dinilai " , ye terima kasih orang tua . kerana kau kini aku sabar dengan apa yang aku hadapi , aku suap dengan ketenangan . Ye nampak saja tenang , meleret saja senyuman . Apa yang aku impikan ini sedikit kelucuan , ingin punya hati yang lutsinar  agar kau mampu "terjah" .

Tapi andai kata , kau yang aku harapkan agar ada kuasa dan kemampuan menyelami jiwa ini yang liar membuat anggapan , berlingkaran soalan , namun semua itu sia sia , aku simpan dalam kotak , aku balut dengan kemas , letak di sudut hati yang sugul . Biar aku yang rasai seorang , memang .
monolog hati Si Celaru

 


*****hari ni buat aku serabut , sibuk memikirkan "itu" . Apa yang itu ? wangian tu kembali singgah ke lorong hidung aku ,  wangian misteri yang aku coretkan pada entry yg lepas . Petang td di PKNS sedang sibuk layan customer , ambil peluang kejap layan kemalasan . Duduk sebentar di depan dgn Yaya Lyda . Ada pula staff AVON tu  senang hati bagi catalog FREE . gumbira hati . Dengan ringan mulut , ucap kata terima kasih . Anda sgt memahami kami yg bosan+penat :)



bila dah dpt catalog tu , mcm ala gaya batak dan jakun la kami berkelakuan , alangkah gembira nya anak siapa la kami kann ? haha anak Nazri dan Mansor . terus kami telusuri apa yg menggoda jiwa  , " biar kami terjah , walau di mana kehadiran nya eyeahhhh " ! haha , hey look at this ! cute la der . selak la lagi selak laaa , upssss oh hey ada perfume tester laa , lalu Yaya Lyda membatakkan diri nya . Dengan excited dia gesel lengan pada wangian itu , aku apa lagi turut menjebakkan diri . Aku hidu sekali , hmm wangi . Perfume mst la wangi , dah nama pun minyak wangi . takkan busuk , cheng !





kami teruskan . . . ( Yaya lyda keluar dating , aku ditinggalkan seorang )


sekali lagi aku cuba hidu wangian itu . Aku mula buat anggapan " eh kenapa mcm sama je bau perfume ni dgn Aiz punya , haishh biar  betul . . err yela , sama ! " 

aku keliru , betul ke anggapan aku ? biarla aku terus beranggapan . anggapan dan angan .
aku sgt yakin ketika itu , bau yg serupa . wangian kedambaan . tertanya tanya diri aku , " nak tak klu text dia , mana tahu klu dia nak reply ? maybe betul la dia pakai perfume ni . tp ni perfume perempuan . takkan dia pakai kott . hmm 



Aku akan dapatkan kau wahai penggoda hidung









 dengan teruja aku capai hp , hilang keegoaan , muncul kerinduan yg menggila . jari aku menaip , text di tujukan pada kesayangan , Aiz .
Aku : You , pakai perfume avon eh ?
******************* tiada respond hingga kini .


Readers , kalau korang hebat , cuba teka berapa harga perfume tu ?





                                                                                  coretan oleh  Meen Mansor

Friday, January 28, 2011

Wangian Misteri ? ? ?

Assalamualaikummmm , bersama saya dalam rancangan "Seekers Perfume" episod kali ini memaparkan satu misi yang terrrrrrrrr teeetttttt !! Jeng Jenggg hiiiii hiiiiiiii hiiiiiiiiiiii . . . . ( bunyi langsuir serabai oleh Meen ) HHAHA !
Haihhh sudah laa apa chek merepek nihh , chek sebenarnya nak habaq kt hangpa  pasai chek rindu kt orang yg kt utara nuhaaa , siapakah gerangan nya ? ?  Encik Helang Gagah a.k.a Faheez Azlan . tettt ! 
td chek dpt call dari dia , agak cecah 3weeks la tak contact , dia habaq yg dia da lama da balik kt Sungai Petani , Kedah .



****back to the normal "sleng" . Haha hari ni ada satu perkara yg mengejut kan I kerana satu bau misteri yg aku hidu time otw pergi subang parade , guess what is it ? bau perfume yg aku rindu , yg ku puja , just like my DRUG you knoww , dangerous ! 


heh , that time I dalam train otw to Station Subang Jaya , once train stopped at  Station Shah Alam , ada sorang guy ni agak la terserlah ketampanan dia dgn berkemeja hitam then dia masuk train lalu sblah aku terus duduk kt tmpt kosong , hzssssssssss hurmmmmmm  , bapak la kuat bau perfume diaa fuhh ! , dahi I pula tetiba berkerut , hati berbisik " aku mcm kenal la bau perfume diaa , mcm bau perfume Si Helang Gagah pakai jee" mak haiiihhh mula laa air mata aku bergenangg , maka mengalir deras di wajah aku seperti bulan berkawah .  sobb sobbb T.T 



I menangis sebab teringat bau perfume Aiz selalu pakai , bau tulah yg aku sukaaaaaaa sgt , bau perfume tuhhh laaa yg aku rindu skrg ni . tp smpai skrg I still taktahu apa brand yg dia pkai , bila I tnya dia , katanya tu perfume mcm ubat pengasih laa , Aiz kata sbb perfume tulaa bila dia buat bnyk silap pun I masih melekat dgn dia . Hehh yekee ? tp knp kau tinggalkan aku sorang skrg ni ! ! ? haishh emosional pulak .







Sumpah that time I rasa sebak sgt , all the time in the way I asik jeling guy tu smpai dia perasan , then tetiba melemparkan senyuman ala hindustan ;) aku apa lagi , balas dgn senyuman sinis jee ( jual mahal ) grr .
haihh kalau laaa itu betul betul Aiz , hurmm :(( , aku rasa mcm nak peluk peluk je guy tuu , choi haha nanti dia ingat I gila ke apaa ;p 


I balik dari Subang smpai rumah pkul 8 terus kebabonggg , mak haihh ponat kaki eden smpai tercabut skru ! 
after few minutes , I dpt call from Aiz . dia call pkai no Ibu , kata nya dpt free call . Ya Allah rindu suara diaa :( , nak dekat 3weeks kami "dingin" dpt ckp dgn dia sekejap  , thanks btw , u makes me feel happy for some minutes . 
lepas call , aku text dia . Dan kami mula berdebat tntg mencari kesalahan siapa ??? mcm biasaaa finally dia mengakhiri pendebatan , GONE ~~~

                                                                                              
                                                                                                                       mumbling by Meen

Wednesday, January 26, 2011

So dumb i look this job , BORED !

 Sincerely By Meen Mansor . Hahaa yeah now officially with a big gladdy i told to my boss wanna make a resignation from that job . As you alls know in the past 2nd entry that i had posted , i talking about job , mumbling about customer , service in marketing and blaa blaa nahhh . Act , dah lama dah jadi Cik Penanam Anggur kt ladang belakang rumah yang tak berapa besar dan gembur itu , since January 24th . I really hates that job that i used to be a good promoter as was asked from my boss , she said you must keep in smilling , greet customers nicely , nahhh memang penat la 24hour nk senyum je kann haha gila . Firstly rasa excited la kerja kt situ sebab nampak mcm rileks dan tak memenatkan . 

Once boss train I psl work yg kena manage pun nampak seperti aku nak asik "petik jari dan makan kacang" hahaa , Tapi itu bukan sebenarnya yg aku nak in work time ! I minat kerja yg mcm rushing gituu , mcm acara trek marathon yg pas pas tuhh hahaa , apa tah nama acara tu dah lupa aku , lama sangat meninggalkan dunia Olahraga . Boss pernah tanya I cenggini :

Madame : “Why are you making that face?
Me :“Cause I’m boored.”
ngeeheee ;-D 
gilaa berani aku jawab mcm tuu , tak pasal pasal , You Fired ! haha

nak buat mcm mana dah betul laa boooring gila , mana tak nyaa , kerja just duduk rileks dgr lagu , baca paper , magazine . nAHHHHH bored ! aku tak suka buat benda yg aku tak suka , grr apa aku mumble nih .
sebab I sorang je yg jaga , setiap kali masuk kerja I juga yg Open , I juga yg pegang kunci ( mcm boss dah )
Heh , then kemas stok kalau ada yg bersepah . Betulkan mana baju hang tak betul . Boss akan dtg time petang dalam pukul 3 or 4 something , dia dtg utk tgk sales je . Then dia blah sebab dia bnyk urusan di luar .
Busy Woman betul , grr ! Then I continue kerja meronggeng kt kedai lain , APA LAGI usha butik lain laaa , hahaa . Hobi I time kerja mmg suka kacau staff sebelah , borak kosong mcm bullshit gossip dgn farah Syakira . Customer masuk , baru aku serve , haih teruk kn aku . hahaa !

Nahhh , cenggitu laa kerja I kt GM , boss kata kena pandai serve customers , mesti kena fikir trick customers sampai buat jd sale hah ! Aku mmg tak teror bab tricks in sales . I try to be , but tak boleh gak paksa customer beli , dan bukan setiap hari rezeki dtg . heh ! Pendek kata aku tak suka Promoter baju or whatever stuff . leceh ! Yee ada org kata ,  cuba laaa sesuatu baru even kita tak suka perkara tu , mana tahu boleh jadi sebati dlm diri , kena pandai la buat "bater" jgn sampai "bergentel" . nahhh faham kan ? thanks to Namek for the advices . I cuba yee , cuba mengelak kan nyaa haha . tgk laa =,=


Here I have something want to shares with you ;

How do you keep from getting bored at a job :
look at the positive side of things:
  • you actually have a job. There are people that are too lazy to even go out and find one
  • even though you may not enjoy your job, try and do your best, that way you may get a promotion or something good may come along which will make you enjoy it
  • maybe the job you have isn't the job for you, try and find a new one that you may enjoy more