Thursday, February 17, 2011

Muncul Lagi

Penat aku sibuk memikirkan sampai menjadi misteri . Sekali lagi aku ungkapkan perasaan dalam bentuk  kata-kata untuk anggapan tentang wangian misteri . Kenapa mesti wujud semua ini ,  seperti tiada noktah untuk kekalutan makin dipanaskan makin meledak darah muda ini .


***Setiap hari aku mengidu wangian misteri tu , kali ini bukan orang yang aku mahu dakapan dari nya , tapi Si Gila Minyak Wangi . Dia Salwani , Kak Wani yang gian memakai minyak wangi setiap hari pabila ke kerja . Memang menusuk ke jantung hingga membangkitkan kerinduan aku pada Aiz . Wangian yang sama yang menjadi kegilaan aku , tak berapa gila sangat . Satu hari wangian itu yang membaluti seluruh badan Kak Wani , Dia turut mem-promote perfume tersebut , Hehh tak perlu semua itu , Aku dah buat kaji selidik pasal perfume tu , apa nama brand , nama perume , harga , berapa liter , bentuk botol semuaaaaa aku dah tahu . Dia mula pelik , hahaa =,=



*** Dialog Kami , curi tulang kejap . hehe


Aku : Amboiii wangi sakannn , kuat gila bau perfume .
Kak Wani : Eh bau kee , kuat sangat eh . Cuba kau dekat dgn aku , bau ke ?
Aku : Yeee kuat gila bauu , mcm kenal la bau nya . Butterfly , Avon kan ?
Kak Wani : Haah , mana tahu ? sedap kan bau nya . tahan lama bau ni .
Aku : Tahu laa , familiar Avon kot , suka la bau nya . Teringat kt kawan , Dia suka pakai bau ni .



Entah bila aku akan memiliki nya . Kesibukan menjadi penghalang untuk aku mencapai nya walaupun untuk satu botol masih belum pasti . Hahaa tunggu dan lihat saja . Lagi lagi sekarang ni dah 3 hari aku tak berapa sihat . Demam pertama untuk tahun ini , jarang sekali aku diserang demam . 
Antibody aku semakin kurang ke ?? Aku nak kembali cerdas , tak sabar nak jogging pagi lagi .


Aku akan kuat melawan nya walaupun pahit aku menelan .




                                                                                   Jeritan Hati : Meen Mansor

Tuesday, February 8, 2011

budak "fresh"

 meen , bussing table 18 please .  lepas ni table 10 pulak . jgn lupa buat SOC okayh . 

*** "setting table 26 please , thank you . eh meen you salah setting ni ,
satu meja 2 set cutleries . jgn lupa tu" *** by Kamarudin

ye semua bahasa ibunda Kenny akan aku fasihkan  demi meningkatkan kualiti kerja , malah bukan saja utk mengelak " org kacau" bak kata Abg Shidi , dia memang suka berbahasa teguran bila tgk gaya aku kerja .


yelaa En Manager , aku ikutkan saja perintah , aku budak fresh kan . memang layak buat kerja tu semua . aku suka kerja baru ni , ini yg ku mahu .

bila hati senang , penat tak terasa . hari hari mengadap ayam Kenny , wow hot gila dia golek golek kt situ .
muak pulak aku tengok mashed  potato ,  black pepper sauce , mushroom soup blah blahh blahh stop it .
nk senarai kan menu Kenny mmg aku tak hebat lagi dlm dunia taking orders , belum dapat perintah lagi utk aku ikut serta acara taking orders , budak fresh kann . bila lagi nk hott haha . itu pun kalau kerja lama laa.





aku kurang senang hati hari ni . tersalah rentak gaya kerja pulak . lain restoran lain protokol . aku belajar A , aku buat B . memandai jeee , merah padam tambah putih jadi pink muka aku bila terbuat silap .


Customer : Excuse Miss , may i have a bowl of mushroom soup while waiting for the meal ?
Me :  Oh sure , wait a minute .


***dengan pantas petir plus jobor aku ke Front line minta mushroom soup kt Assembler .
Kebetulan Abg Shide aka my trainer ada kt situ , dia kata just tell to them , mushroom soup will serve in 5 minutes more . Aku dgn blur dan tak reti faham bahasa pergi jugak serve , dah dpn mata aku nampak soup kettle , nk tggu apa lagi . serve la , berkali dah customer tu nakk .



***after 10 minutes , aku dapat dengar leteren sinis En trainer , lagi sadis kedengaran leteran lembut dari En Manager .


*** "siapa yg serve mushroom soup td . sender mana tu . 
meen oh meen , sini kejap dik "

*** dgn yakin aku berkata jujur memang tindakan sengal itu yg aku buat .
haa itu la aku , org kata suruh "siram pokok bunga , aku tanam pokok bunga" . begitu la melampau rajin 



Ahh , kenapa kau ni MEEN , lagak hebat jangan nk melampau . nk rajin jgn melebihh , lain jadi nyaa .
sepanjang tu ke depan mulut aku setiap masa sampai habis kerja . boleh buat gantung apron .
moody =,=

Meleret smpai ke rumah muncung comel aku , mengadu domba dgn manja pada org paling setia mndgr rintihan aku , siapa  lagi bonda kesayangan . Nak mgharapkan kesayangan En Helang , hilang tah kemana .



                                                                                                          Coretan Hati : Meen Kenny

Wednesday, February 2, 2011

mudah menggeletar , ei cacat ye

hei sanaa ,

tak lama lagi aku akan jadi pekerja . musnah la gelaran "Penganggur Terhormat" , aku dah cleaning habis , terima kasih En Kenny Rogers Roasters megah nya nama kau aku sebut , sayang kau lebih sbb accept aku utk  berkhidmat dgn kau . seriously kau handsome En Manager , awwr .


tahu tak En , ayam kau bergolek golek kt situ , buat aku terliur miur , tu pasal aku admire . asal aku lalu situ je , aku jeling . tu je mampu sbb takda org nk belanja mkn ayam Kenny . Okayh takpa lps ni , setiap masa aku akan  dating dgn ayam golek . yes , sabar ye meen sabarrr , apahal kau mengeletis semacam ni .


oakyh semua aku dah pas kt kau En , kau kata passport pic aku lain . "dlm pic mcm anak mesir , real face cantik"
amboi En , belum start kerja lg kau dah menggatal . nasib baik la kau bos . ye kan jelaaa


apa la En Maybank lama sgt buat account tu , ada ke patut suruh bwk parent , aku dah besar laa , baru 18 tahun mkn garam , cesss belagak =,= kesian kt mak , tersengguk dia td dah mcm berzikir , mengantuk sgt ye lupa nk bwk bantal lebih masa pergi En Maybank td . terima kasih atas pengorbanan masa tidur mak semata mata turutkan kemahuan anak mu yg bnyk songeh .


akak thumbprint , ringan mulut saya kata saya ni boleh dikatakan mcm ada penyakit "mudah menggeletar" , apa org kata tu , alaaa parkinson , tah mcm mana la eja dia aku malas nk buka kamus , tula penyakit lg satu , pemalas . sikit la tak bnyk , tak teruk mana keyhhh .  masa nk detect jap cari aku tu akak bukan main teror lagi ye , nmpak jeee tangan aku menggeletar kannn . aku mmg mcm ni , mudah menggeletar . so orang akan ckp , " knp menggeletar ni , takut keee " 


dah bnyk kali dah org lain perasan , sebelum ni ada kakak tu ajar aku pakai contact lens , dia tgk aku pegang lens , mcm atuk tua tak larat nk jalan  , mcm tu la gaya nya menggeletar . parkinson la org ckp .

lain masa pulak , benda yg sama aku kena buat , masa nk daftar kwsp , heh , kakak indian nih nasib baik peramah , lembut pulak tuhhh dia boleh gelak kan aku sbb tgn aku menggeletar masa nak detect cap jari kt benda alah tu .  dia pun ringan berkata ,"adikk knp menggeletar tgn tuh , jangan la takut ye . akak tak mkn org , akak mkn nasi "


p/s : sesiapa yg serupa mcm aku ni , jenis cepat "parkinson" . cuba anda kaji , kenapa kita jd mcm tu